MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

NAIK TARAF KLINIK KESIHATAN DAIF PERKUKUH PERKHIDMATAN KESIHATAN

1 Disember 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) KKM meninjau 2 projek pembaikan klinik daif di Pulau Pinang iaitu Klinik Desa Permatang Janggus, Penaga dan Klinik Desa Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara.

Kedua-dua klinik yang sebelum ini berstruktur separa kayu telah mengalami kerosakan seperti kayu reput, bumbung bocor dan pendawaian usang. Melalui projek pembaikan klinik daif, bangunan baharu berstruktur batu sepenuhnya dibina bersama penambahbaikan bumbung, pendawaian, sistem air dan infrastruktur.

Klinik Desa Pinang Tunggal beroperasi semula pada 24 November 2025, manakala Klinik Desa Permatang Janggus akan dibuka pada 8 Disember 2025.

Latarbelakang Klinik Desa Permatang Janggus:

  • Beroperasi sejak 1967 dengan keluasan tanah 0.25 ekar.
  • Memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 3,836 penduduk.
  • Jumlah kehadiran pesakit bagi tempoh Januari - Oktober 2025 adalah 5,343 orang.
  • Perkhidmatan: Kesihatan Ibu & Anak, Kanak-Kanak, Wanita, Lawatan Rumah Ibu Bersalin & Perancang Keluarga

Latarbelakang Klinik Desa Pinang Tunggal : 

  • Beroperasi sejak 1979 dengan keluasan 0.24 ekar.
  • Memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 16,600 penduduk sekitarnya.
  • Jumlah kehadiran pesakit bagi tempoh Januari - Oktober 2025 adalah 15,399 orang.
  • Perkhidmatan: Kesihatan Ibu & Anak, Kanak-Kanak, Wanita, Lawatan Rumah Ibu Bersalin & Perancang Keluarga

Projek ini menunjukkan komitmen KKM dalam memperkukuh sistem kesihatan awam melalui peningkatan infrastruktur dan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-12-04 09:37:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page