MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

WELLNESS HUB KKM: MENAWARKAN PAKEJ PEMBUDAYAAN HIDUP SIHAT YANG KOMPREHENSIF

5 Disember 2025 — YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Projek Naik Taraf Wellness Hub Putatan, Sabah.

  • Wellness Hub KKM ialah pusat sehenti yang menyediakan 13 pakej perkhidmatan kesejahteraan secara komprehensif, termasuk intervensi pembudayaan hidup sihat serta bimbingan bersemuka dan atas talian. Naik taraf ini selaras dengan KPI YB Menteri Kesihatan melalui kerjasama pintar antara komuniti dan KKM.
  • Wellness Hub Putatan merupakan satu-satunya hub di Pantai Barat Selatan Sabah dengan kepadatan penduduk tertinggi iaitu 84,132 orang. Bermula sebagai Wellness Corner pada 2020 yang hanya menampung 15–18 orang, fasiliti yang dinaik taraf kini boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu masa.
  • Projek naik taraf bermula 12 Mei 2025 dan siap 3 September 2025, membolehkan perkhidmatan diberikan dengan lebih komprehensif, intensif dan terancang.

Kemudahan baharu termasuk:

  1. Bilik Perkhidmatan Berhenti Merokok,
  2. Bilik Runding Cara Hidup Sihat,
  3. Wellness Studio,
  4. Bilik Gerakan MyChampion,
  5. Bilik Seni Kreatif dan Resilien,
  6. Galeri Info Sihat,
  7. Ruang Bicara Sihat,
  8. Gimnasium,
  9. My Green Hands dan
  10. Bilik Peralatan.

Impak kepada Rakyat:

  1. Membantu komuniti mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten.
  2. Perkhidmatan lebih terancang dan intensif meningkatkan keberkesanan intervensi kesihatan.
  3. Menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kesihatan dan peningkatan kesejahteraan secara menyeluruh.

KKM komited mempertingkatkan kualiti hidup sihat melalui rangkaian Wellness Hub di seluruh negara.

Turut hadir;

i. YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM

Ii. Encik Nazaruddin bin Sharaai, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan KKM

iii. YBrs. Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah

Iv. Puan Froline, Pegawai Pendidikan Kesihatan merangkap Penyelaras Wellness Hub Putatan

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-12-09 10:00:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page