5 Disember 2025
Latar belakang KK Inanam
- Klinik Kesihatan Jenis 3 di kawasan seluas 2.26 ekar, mula beroperasi pada 1979 sebagai Dispensari Inanam sebelum dinaik taraf pada 1980an dan sekali lagi pada 2002 kepada Klinik Kesihatan Inanam.
- Kawasan liputan: 125,000 penduduk dengan purata 443 pesakit sehari.
- Kakitangan: 93 orang.
Perkhidmatan ditawarkan:
- Kesihatan primer & pesakit luar,
- kesihatan ibu dan anak,
- farmasi,
- makmal,
- rawatan tibi & kusta,
- dietetik,
- rehabilitasi,
- saringan kesihatan,
- domisiliari,
- rawatan kecemasan & pra-hospital, serta perkhidmatan selepas waktu bekerja.
Bangunan konkrit baharu yang beroperasi sejak 11 November 2024 menempatkan Unit Jabatan Pesakit Luar (OPD), makmal & bilik pengambilan darah, bilik demam, NCD, rekod pesakit, rawatan pegawai perubatan, pengurusan klinik dan bilik mesyuarat. Penggabungan OPD dan makmal memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan mempercepatkan proses pengambilan darah.
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan blok baharu Klinik Kesihatan Inanam, Sabah. Beliau disambut dan diberi taklimat oleh YBrs. Dr. Grace Jikinong, Pakar Perubatan Keluarga selaku Ketua Klinik KK Inanam.
Impak kepada Rakyat:
- Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa dan teratur.
- Mengurangkan kesesakan dan meningkatkan aliran pesakit harian.
- Menyediakan ruang menunggu dan persekitaran yang lebih kondusif untuk pesakit.
- Meningkatkan kualiti rawatan kesihatan di komuniti Inanam secara keseluruhan.
KKM komited memperkukuh fasiliti kesihatan bagi memastikan rawatan terbaik kepada pesakit dan persekitaran kerja kondusif untuk petugas.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-12-09 10:13:11 daripada UKK Norhanita














