MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PUSAT PAKAR PERGIGIAN SABAH :ONE-STOP CENTRE MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERGIGIAN

“Pusat Pakar Pergigian Sabah dibina dengan infrastruktur moden untuk keselesaan pesakit dan persekitaran kerja kondusif, berfungsi sebagai One-Stop Center bagi perkhidmatan kepakaran pergigian serta pusat latihan personel pergigian di Sabah dan W.P. Labuan.” – YB Timbalan Menteri Kesihatan

5 Disember 2025

Latar Belakang Projek:

  • Kos keseluruhan RM32.76 juta di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RP3, RMK10) siap sepenuhnya pada 5 Ogos 2025 termasuk kos kontrak serta peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Dibina secara konvensional merangkumi blok bangunan kepakaran pergigian.

Pusat ini akan beroperasi berperingkat mulai Januari 2026, menyediakan:

  • Unit Ortodontik
  • Unit Periodontik
  • Unit Pakar Pergigian Restoratif
  • Unit Pakar Pergigian Kesihatan Awam

Bertindak sebagai “One-Stop Center” bagi Sabah dan W.P. Labuan, pusat ini memudahkan rakyat mendapatkan akses kepakaran dan mengurangkan kesesakan di klinik sedia ada.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan projek pembinaan Pusat Pakar Pergigian Sabah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penyerahan dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Puan Ir. Evelyn Pius kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah dengan disaksikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, di majlis Penyerahan Projek Pembinaan Pusat Pakar Pergigian Sabah, fasiliti pertama seumpamanya di Borneo.

Kerjasama KKM, JKR Sabah dan Kerajaan Negeri mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI menyediakan fasiliti kesihatan berkualiti.

Impak kepada Rakyat:

  1. Memberi akses lebih mudah kepada perkhidmatan kepakaran pergigian
  2. Menyediakan rawatan pergigian moden dan berkualiti melalui fasiliti serba lengkap.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ProgramRancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-12-09 10:38:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page