7 Disember 2025 — Forum Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam menampilkan sesi perbincangan bertemakan “Malaysia MADANI: Retrospektif & Memeta Perjalanan ke Hadapan”. Panel forum ini dianggotai oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I, serta YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II.
Turut hadir, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam serta hala tuju sektor kesihatan negara.
Tumpuan perbincangan utama:
- Menilai pencapaian Kerajaan MADANI serta merangka hala tuju pembangunan negara sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
- Memperkukuh kesejahteraan rakyat, di samping melonjakkan produktiviti dan daya saing negara dalam ekosistem global yang semakin mencabar.
- Mengukuhkan pendekatan bersepadu dalam keselamatan sosial, memastikan perlindungan holistik kepada seluruh lapisan masyarakat.
- Merancakkan pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, berasaskan inovasi, teknologi dan sektor strategik masa hadapan.
- Memperkasakan pembangunan modal insan serta menggerakkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif strategik bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang progresif, sejahtera dan makmur.
KKM komited untuk menyokong agenda pembaharuan perkhidmatan awam, memperkukuh sistem kesihatan negara dan memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berteraskan prinsip Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ProgramRancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-12-09 11:25:46 daripada UKK Norhanita












