“Perhimpunan bukan sekadar pesta atau seni budaya, tetapi utuk memberi pencerahan.Semangat musyawarah dalam tradisi kita bermula dengan kefahaman .” -YAB PMX
8 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, bersama pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia menyertai Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bagi bulan Disember 2025 secara siaran langsung.
Majlis ini dihoskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan tema ‘Rancakkan MADANI: Infra Lestari, Wanita Disanjungi’.
Intipati Utama Ucapan:
- Kerajaan MADANI menekankan nilai kemanusiaan, kasih sayang, ihsan dan integriti sebagai asas dalam setiap pelaksanaan dasar.
- Setiap projek kerajaan mesti dilaksanakan dengan amanah, disiplin dan kecekapan tanpa ruang untuk rasuah atau penyelewengan.
- Kerajaan menekankan kepentingan turun padang, mendengar pandangan pegawai lapangan serta memahami realiti rakyat di peringkat akar umbi.
- Fokus utama pembangunan negara bukan hanya fizikal, tetapi membina manusia dan masyarakat berasaskan nilai MADANI.
KKM komited untuk memastikan setiap program dan inisiatif kesihatan dilaksanakan dengan penuh integriti, berkesan, dan memberi manfaat kepada rakyat, sejajar dengan nilai kemanusiaan dan aspirasi MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-12-09 11:57:29 daripada UKK Norhanita












