MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PENGIKTIRAFAN FLAGSHIP MEDICAL TOURISM HOSPITAL PERTAMA PACU MALAYSIA KE PENTAS ANTARABANGSA

“Sektor pelancongan perubatan kekal sebagai tonggak penting dan tidak boleh dikompromi dalam memastikan ketahanan ekonomi jangka panjang Malaysia,selain menjadi pemyubang besar kepada reputasi antarabangsa negara dalam kecemerlangan serta kualiti perkhidmatan kesihatan.”-YB Menteri Kesihatan

9 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah merasmikan Majlis Anugerah Flagship Medical Tourism Hospital (FMTH) 2025.

  • Inisiatif FMTH memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama bagi rawatan perubatan, kesihatan dan pemulihan bertaraf dunia. Sektor ini bukan sahaja menarik minat pelabur antarabangsa, malah mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta merancakkan pembangunan sektor sokongan seperti farmaseutikal, hospitaliti dan teknologi kesihatan.

Sorotan Majlis:

Satu Pemenang Utama dan empat hospital penerima pengiktirafan khas diumumkan atas kecemerlangan masing-masing. Pengiktirafan ini bukan sahaja meraikan kejayaan, malah memacu aspirasi nasional ke arah ekonomi yang lebih kukuh, berdaya tahan dan inklusif.

Pemenang Utama FMTH 2025:

  • Island Hospital

Program FMTH turut menjadi asas persediaan negara bagi pelaksanaan Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT 2026), yang bakal melonjakkan imej Malaysia sebagai hab perubatan serantau.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Pengukuhan keupayaan negara dalam memperkasa sektor pelancongan perubatan.
  2. Akses kepada perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa

KKM komited dalam memberikan pengalaman dan perkhidmatan kesihatan mampan, inklusif dan setara.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image

Kemaskini pada 2025-12-17 10:24:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page