MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELUNCURAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN KKM 2026-2030

“Pendigitalan kini bukan pilihan tetapi keperluan dan pemacu utama reformasi kesihatan.Ia meningkatkan keberkesanan, mengukuhkan integriti perkhidmatan,dan memastikan rakyat menerima penjagaan berkualiti.”-YB Menteri Kesihatan

10 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia 2026-2030.

Ringkasan Kandungan Utama PSP 2026–2030

Pelan ini merangkumi 4 Teras Strategik, 15 Strategi, dan 31 Program:

  • Teras 1: Aplikasi dan Data

Memacu agenda “Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan” melalui integrasi EMR, HIS, CCMS, NHIP serta pemerkasaan platform MySejahtera.

  • Teras 2: Infrastruktur ICT

Menggantikan perkakasan dan perisian usang, menaik taraf rangkaian dan membangunkan MOH Private Cloud

  • Teras 3: Keselamatan Siber

Membina ekosistem keselamatan siber kukuh melalui teknologi Post-Quantum Cryptography (PQC).

  • Teras 4: Tadbir Urus dan Modal Insan

Memperkukuh skim perjawatan ICT dan melahirkan Pakar Bidang Khusus dalam pendigitalan dan teknologi kesihatan.

Impak kepada rakyat

  1. Mengurangkan pertindihan klinikal, menjimatkan sumber dan mempercepatkan aliran kerja.
  2. Meningkatkan akses kepada rekod kesihatan yang tepat dan terkini, seterusnya memudahkan rawatan di mana-mana fasiliti.
  3. Memastikan persekitaran digital kesihatan yang lebih selamat, melindungi data peribadi dan maklumat sensitif rakyat.

KKM kekal komited untuk memacu transformasi digital yang mampan, inklusif dan berfokus kepada rakyat demi sistem kesihatan negara yang lebih cekap dan berdaya tahan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-12-17 11:52:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page