MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MEMPERKUKUH DIPLOMASI KESIHATAN MALAYSIA -INDIA

12 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Malaysia, TYT B. N. Reddy bagi memperkukuh hubungan dan diplomasi kesihatan dua hala.

  • Pertemuan ini memberi tumpuan kepada penyertaan Malaysia dalam The 2nd WHO Global Summit on Traditional Medicine serta Mesyuarat Teknikal Dua Hala Ke-10 di New Delhi pada 17–19 Disember 2025.

Kedua-dua negara komited memperkasa dasar dan pembangunan Perubatan Tradisional, Komplementari & Integratif (T&CM) selaras aspirasi Malaysia MADANI untuk perkhidmatan kesihatan yang holistik dan selamat.

  • Turut dibincangkan ialah perkembangan rundingan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang kesihatan merangkumi farmakopeia, regulatori produk perubatan, kesihatan awam, kejururawatan dan pendigitalan kesihatan, termasuk cadangan Mutual Recognition Agreement (MRA) bagi memudah cara mobiliti tenaga kerja serta penyelarasan standard latihan.
  • Malaysia turut melihat potensi besar dalam pertukaran teknologi dan kepakaran dengan India, khususnya dalam perubatan digital, farmaseutikal, peranti perubatan dan penyelidikan.

Insiaitif bersama ini diyakini akan membuka lembaran baharu dalam memacu sistem kesihatan yang lebih kukuh, inovatif dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-12-17 10:41:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page