“Denggi bukan sekadar isu klinikal,tetapi cerminan keupayaan sistem bandar melindungi penghuninya.”-YB Menteri Kesihatan
15 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Seri Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan Majlis Perasmian Insektarium Wolbachia Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Sehingga November 2025, 51 lokaliti di 8 negeri melaksanakan WMO melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
- 25 daripada 28 lokaliti (89%) menunjukkan pengurangan kes di antara 33% hingga
100%.
- Insektarium Wolbachia Putrajaya mampu menghasilkan sehingga 79,000 nyamuk Aedes berWolbachia dewasa seminggu
KKM turut menyasarkan penambahan 10 lokaliti baharu setiap tahun, manakala perancangan jangka panjang ialah perluasan pengoperasian ke seluruh negara terutama di kawasan berisiko tinggi.
Pendekatan Whole of Nation ini memperkukuh usaha pencegahan denggi yang mampan, inovatif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-12-17 10:49:54 daripada UKK Norhanita















