16 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Johor dan disambut oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Lawatan melibatkan:
- Bangunan Baharu Klinik Kesihatan Sultan Ismail & Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
- Hospital Permai, Johor Bahru.
Latarbelakang KKSI:
- Projek pembinaan KKSI (Unit Ibu & Anak) & PPUSS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui kerjasama Detik Hartanah Sdn Bhd dan Wakaf An-Nur Corporation Berhad.
- Projek bermula pada 22 Ogos 2025, siap Oktober 2025 dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Disember 2025. Penempatan ini dijangka mengurangkan kesesakan KKSI sebanyak 30%, menyediakan persekitaran lebih selesa untuk ibu dan anak serta memperbaiki pengurusan trafik melalui pemindahan perkhidmatan farmasi pandu lalu.
Latarbelakang Hospital Permai Johor Bahru:
- Ditubuhkan pada 1916 dan dijenamakan semula pada 2012, Hospital Permai merupakan institusi terkemuka dalam perkhidmatan psikiatri serta pusat kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan kesihatan mental. Hospital ini menyediakan rawatan dan pemulihan psikososial yang selamat, berkualiti dan berpatutan melalui pendekatan menyeluruh.
Hospital Permai berperanan:
- Menyediakan perkhidmatan psikiatri pesakit dalam, pesakit luar dan komuniti selaras Akta Kesihatan Mental 2001
- Menjalan promosi kesihatan mental
- Menekankan pembelajaran berterusan
- Melaksanakan kajian psikiatri mengikut piawaian Amalan Klinikal Terbaik (GCP) dan mencapai standard antarabangsa bersesuaian kehendak Clinical Research Centre (CRC) kebangsaan.
KKM komited memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer dan psikiatri demi kesejahteraan awam selaras dengan Agenda Kesihatan Negara.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-12-18 10:36:45 daripada UKK Norhanita














