17 Disember 2025 — YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahad, Ketua Pengarah Kesihatan mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan di Kelantan meliputi daerah Gua Musang dan Kuala Krai.
Lawatan ini melangkaui sekadar tinjauan fasiliti, ia mencerminkan iltizam KKM untuk menyantuni rakyat, memahami realiti lapangan, menghargai pengorbanan petugas kesihatan, serta memastikan akses rawatan berkualiti untuk semua, termasuk komuniti pedalaman.
Rangkuman Lawatan:
- Penyerahan pengiktirafan BeSS di Warung Muse
- Lawatan ke Hospital Gua Musang bagi meninjau penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat
- Perasmian Klinik Desa Renok Baru
- Majlis Penyerahan Kuarters Klinik Kesihatan Aring sebagai usaha memperkukuh kebajikan petugas dan akses perkhidmatan kesihatan luar bandar
- Lawatan ke Hospital Sultan Ismail Petra, termasuk sesi beramah mesra bersama warga fasiliti sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi berterusan
Lawatan ini menegaskan komitmen berterusan KKM untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan negara memastikan setiap rakyat, tanpa mengira lokasi, menerima perkhidmatan yang selamat, selesa dan berkesan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-12-19 16:01:03 daripada UKK Norhanita

















