MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA CIPTA SEJARAH: IMPLANTASI LVAD PERTAMA DALAM SISTEM KESIHATAN AWAM

“Kejayaan ini menandakan lonjakan signifikan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam negara dalam penyediaan rawatan jantung lanjutan.” -YB Menteri Kesihatan

18 Disember 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, bagi menziarahi pesakit di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik yang berjaya menjalani pembedahan implantasi Left Ventricular Assist Device (LVAD). Pembedahan ini merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  • Sejarah Baharu Perkhidmatan Kesihatan Awam:

HSIS, Serdang mencatat pencapaian penting apabila berjaya melaksanakan implantasi LVAD HeartMate 3, antara peranti sokongan jantung paling canggih di dunia ketika ini.

Keseluruhan rawatan dan prosedur ini disediakan sepenuhnya secara percuma di bawah KKM dengan sokongan penuh Kerajaan MADANI.

  • HSIS kini menyumbang kira-kira 40 peratus daripada beban kerja intervensi kardiologi KKM. Program LVAD ini akan terus dibangunkan secara berfasa dan mampan, dengan sasaran peningkatan bilangan pesakit yang menerima rawatan ini setiap tahun menjelang tahun 2027.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Akses rawatan jantung lanjutan yang lebih adil
  2. Teknologi perubatan bertaraf dunia tanpa beban kewangan
  3. Peningkatan kualiti hidup pesakit jantung tahap akhir
  4. Memperkukuh HSIS sebagai pusat rujukan jantung utama negara

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang adil, saksama dan berkualiti tinggi untuk seluruh rakyat Malaysia.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image

Kemaskini pada 2025-12-19 16:09:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page