MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MENJUNJUNG BAKTI,MENGHARGAI JASA,MANTAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

19 Disember 2025 — Sesi clock out YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Mantan Timbalan Menteri Kesihatan telah berlangsung di Pekarangan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang menerajui kepimpinan di KKM, beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dan menyokong pelaksanaan pelbagai dasar serta inisiatif strategik yang memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Warga kerja KKM turut mengiringi sesi ‘clock out’ ini sebagai tanda salam perpisahan dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga atas kepimpinan dan jasa yang telah dicurahkan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan sejak dilantik pada 10 Disember 2022.

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam memperkukuh sistem kesihatan negara dan kesejahteraan rakyat.

KKM mendoakan agar YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kejayaan dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang akan datang.

Jasa dikenangheart

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-12-22 09:40:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page