“Saya percaya ,insya-Allah untuk tahun ini,kita akan dpat terus mencatat kemajuan lebih baik dengan syarat kita kekal menjamin keamanan negara ini membina keutuhan kesatuan kita dan bekerja dengan bersungguh-sungguh”-YAB PMX
5 Januari 2026 — YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahad, Ketua Pengarah Kesihatan, bersama pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri & Amanat Tahun Baharu 2026 secara maya.
Menerusi sesi majlis ini, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat berkaitan usaha-usaha memperkukuh reformasi penyampaian perkhidmatan awam, hala tuju Tahun 2026 dan pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.
KKM komited untuk memastikan setiap program dan inisiatif kesihatan dilaksanakan dengan penuh integriti, berkesan, dan memberi manfaat kepada rakyat, sejajar dengan nilai kemanusiaan dan aspirasi MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2026-01-08 15:51:29 daripada UKK Norhanita












