6 Januari 2026 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia bersama pengurusan tertinggi dan seluruh warga KKM berhimpun di Dewan Serbaguna KKM, Putrajaya bagi Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu 2026.
Dalam ucapannya, YB Menteri telah merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, mantan Timbalan Menteri Kesihatan atas jasa beliau menyantuni isu-isu kesihatan di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman semasa bertugas di KKM serta mengalu-alukan kehadiran YB Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib ke dalam keluarga besar KKM selaku Timbalan Menteri.
Intipati amanat YB Menteri Kesihatan 2026:
MEMODENKAN SISTEM “KESIHATAN,MELONJAKKAN MUTU PERKHIDMATAN”
4 LONJAKAN UTAMA:
1.Pendigitalan Menyeluruh (The Efficiency Engine)
►Fokus: Menoktahkan Sistem Manual Di Fasiliti Primer
2.Reformasi Pembiayaan (The Sustainability Engine)
►Fokus: Memastikan Kelangsungan Fiskal Tanpa Membebankan Rakyat
►Pelaksanaan Rakan KKM 1Q2026 untuk subsidi silang & retention pakar.
►Pelaksanaan DRG (Diagnosis-Related Group) untuk pembayaran berasaskan nilai.
►Struktur asas MHIT (Insurans/Takaful Mampu Milik).
3.Modal Insan & Kebajikan (The Justice Engine)
►Fokus: Menjaga ‘Jiwa’ KKM Dengan Data dan Keadilan
►Lantikan Tetap: Sasaran 4,500 Doktor & 935 Jururawat.
►HR Dashboard: Mengurus penempatan,kenaikan pangkat, dan attrition menggunakan data (bukan kabel/manual).
►Peluasan Platform Suka-Sama-Suka (P3S)
4.Kesihatan Awam & Etika (The Moral Engine)
►Fokus: Pencegahan dan Pengurusan Rawatan Khusus Yang Lebih Cekap
►Transplan: Penstrukturan semula NTRC di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) untuk lonjakan pendermaan organ. Penubuhan Majlis Transplan Kebangsaan.
►Vape & Rokok: Penguatkuasaan penuh Akta 852 (Tiada kompromi).
►Pastikan dasar yang digubal sampai ke bawah/lapangan
KKM DALAM DIMENSI GLOBAL & EKONOMI:
- Kepimpinan ASEAN: Malaysia sebagai Pengerusi AHMM 2026.
- Sinergi Ekonomi: Tahun Pelancongan Perubatan (MyMT2026) & Tahun Melawat Malaysia (VMY2026).
- Inovasi: IMDEC 2026 sebagai hub teknologi peranti perubatan.
Harapan Tahun 2026 - Sistem kesihatan yang bukan sahaja merawat, tetapi "peduli".
KKM komited untuk memastikan setiap program dan inisiatif kesihatan dilaksanakan dengan penuh integriti, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat, sejajar dengan nilai kemanuasiaan dan aspirasi MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-08 16:19:55 daripada UKK Norhanita













