YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Sesi Permukiman Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Courtyard by Marriott, KL South yang berlangsung daripada 12 hingga 13 Januari 2025. Sesi strategik ini bertujuan untuk menyelaras visi dan gerak kerja kementerian bagi mendepani cabaran kesihatan masa kini dan akan datang.
Fokus utama permukiman kali ini berpaksikan kepada Empat (4) Lonjakan Utama yang akan menjadi pemacu perubahan sistem kesihatan:
- Pendigitalan Menyeluruh Rantaian Perkhidmatan Kesihatan (The Efficiency Engine) – Memperkasa teknologi digital untuk kecekapan penyampaian perkhidmatan dari hujung ke hujung.
- Reformasi Pembiayaan (The Sustainability Engine) – Memastikan kelestarian kewangan sektor kesihatan demi manfaat rakyat jangka panjang.
- Modal Insan & Kebajikan (The Justice Engine) – Mengutamakan keadilan dan kesejahteraan buat barisan wira KKM di semua peringkat.
- Kesihatan Awam & Etika (The Moral Engine) – Memperkukuh nilai etika dan integriti dalam menjaga kesejahteraan komuniti.
Turut hadir, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Azah Hanim Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan).
Komitmen padu seluruh pengurusan tertinggi KKM dan YB Menteri adalah kunci bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-13 09:16:01 daripada UKK Norhanita















