YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong, Simunjan, Sarawak, yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Pelaksanaan sistem digital Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) adalah hasil langsung daripada pendekatan“Whole-of-Government.” Sistem CCMS di Sarawak kini melibatkan 153 fasiliti kesihatan, menjadikannya sebagai peneraju dalam pendigitalan fasiliti kesihatan primer di Malaysia.
KKM menyasarkan perluasan penggunaan CCMS ke sebanyak 2,489 fasiliti kesihatan primer di seluruh Malaysia, dan Sarawak adalah peneraju utama dalam sasaran nasional ini.
Sistem ini telah merevolusikan pengurusan rekod pesakit,mempermudah aliran kerja klinik, dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan secara keseluruhan serta telah mengurangkan masa tugasan manual kakitangan sebanyak 30 peratus.
Kejayaan Sarawak juga menjadi pemangkin kepada peluasan pendigitalan fasiliti kesihatan primer di seluruh negara. Pelaksanaan ini selaras denganaspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), memperkukuh pendekatan kesihatan berasaskan data, pencegahan penyakit, promosi gaya hidup sihat,serta pengurusan kesihatan menyeluruh sepanjang kitaran hayat.
Turut hadir dalam majlis ini YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Han, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Wang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Hajjah Rubiah Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-19 10:05:40 daripada UKK Norhanita








 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /1.jpg)
 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /2.jpg)
 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /3.jpg)
 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /4.jpg)
 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /5.jpg)
 DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) /7.jpg)

