YAB Datuk Patinggi Hj Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan turut mengadakan lawatan ke bangunan baharu Klinik Kesihatan Gedong.
Gedong adalah sebuah daerah baru di bawah dalam Bahagian Samarahan. Terdapat 15 buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 14,424 orang. Bangunan klinik kayu ini telah beroperasi sejak 1981 dengan keluasan 1.27 hektar persegi dengan purata pesakit 80 hingga 100 orang sehari.
Pada tahun 2018, kerajaan Negeri Sarawak melalui YB Datuk Naroden Mejais (ADUN-Gedong) telah menyumbang serta membina sebuah bangunan tambahan bernilai RM500,000.00 bagi menempatkan Unit Pesakit Luar di dalam kawasan klinik yang sedia ada.
Pada 11 Disember 2023, bangunan MCH lama telah berpindah ke bangunan Baharu. Ia dibina melalui projek Kerajaan Persekutuan.
Antara perkhidmatan yang disediakan:
1. Unit Penjagaan Kesihatan Primer
* Perkhidmatan Pesakit Luar
* Perkhidmatan Farmasi
* Perkhidmatan Rawatan Kecemasan/Oncall
* Perkhidmatan Penjagaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
* Rawatan susulan Rabies
* Klinik Berhenti Merokok ( non pharmaco)
2. Unit Kesihatan Ibu dan Anak
* Perkhidmatan Ibu Antenatal
* Perkhidmatan Pengendalian Ibu Postnatal
* Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak
* Perkhidmatan Perancang Keluarga/Wanita
3. Perkhidmatan Expanded Scope
* PDK Ku Sihat
Hadir sama dalam lawatan ini, YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Han, Timbalan Premier Sarawak, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Hajjah Rubiah Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-19 10:23:28 daripada UKK Norhanita













