YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Klinik Kesihatan Siburan yang terletak di daerah Siburan, Sarawak. Klinik Kesihatan Siburan dibina bagi menampung populasi Daerah Siburan yang pesat membangun melebihi 46,000 penduduk. Klinik ini turut menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti Pusat Sehenti Rawatan Ketagihan (OSCA) dan Penjagaan Paliatif serta Domisiliari. Ini membuktikan klinik kesihatan primer sudah berevolusi serta mampu menawarkan rawatan holistik kepada komuniti.
Kapasiti KK Siburan boleh menampung seramai 500 pesakit sehari. Perkhidmatan utama yang disediakan adalah Unit Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Pergigian, X-ray dan Makmal Perubatan.
YB Menteri turut mengadakan lawatan dan melihat sendiri fasiliti dan kemudahan yang disediakan di KK Siburan yang ternyata dapat mengurangkan kesesakan di hospital hospital berhampiran antaranya seperti Unit Radiologi, perkhidmatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan unit kecemasan.
Turut hadir, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan), YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-19 11:04:56 daripada UKK Norhanita















