MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL MADANI:MENYEMAI KASIH, MENYANTUNI KOMUNITI

Majlis Perasmian Penutup Karnival MADANI:Menyemai Kasih, Menyantuni Komuniti telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sekolah Kebangsaan Santan, Kangar, baru -baru ini.

Kemuncak majlis menyaksikan Kampung Santan Selatan diumumkan sebagai Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM1 juta bagi 10 projek fizikal dan 2 projek bukan fizikal, manakala Sekolah Kebangsaan Santan diiktiraf sebagai Sekolah Angkat Malaysia MADANI.

DYTM Raja Muda turut berkenan mengurniakan cermin mata kepada warga emas dan pelajar, menyampaikan bantuan keperluan harian kepada 300 asnaf, serta menyertai program Kayuhan Santai dan mengurniakan bantuan kepada beberapa rumah asnaf di sepanjang laluan Kayuhan Santai.

Sementara itu, DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan menyertai program Langkah Sihat bersama-sama YBhg. Dato’ Sri KSU dan menyaksikan simbolik pemberian naik taraf Klinik Kesihatan Kampung Santan oleh YBhg. Dato’ Sri KSU bagi kemudahan penduduk tempatan.

Karnival MADANI ini memperkukuh hubungan antara agensi dan masyarakat serta menyatukan komuniti ke arah kemajuan bersama.

Turut hadir YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri Yang Amat Berbahagia Puan Paridah binti Ibrahim, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2026-01-19 11:32:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page