YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mempengerusikan bersama Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS), di Sasana Kijang.
JBMKKS bersetuju dengan empat inisiatif utama di bawah strategi RESET bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi tuntutan perubatan, seperti berikut:
1. Penerbitan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) asas
Pengenalan pelan MHIT asas yang standard, mudah difahami dan mampu milik bagi menyediakan liputan perlindungan yang wajar kepada individu yang mendapatkan rawatan di sektor swasta.
2. Penyediaan bantuan dan alat sokongan untuk pengguna
Penyediaan Panduan Mudah MHIT serta kalkulator perancangan Insurans/Takaful bagi Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (HSIT) bagi membantu pengguna merancang keperluan kewangan penjagaan kesihatan secara lebih berinformasi.
3. Peningkatan ketelusan kos rawatan perubatan
Penerbitan julat kos penanda aras bagi prosedur perubatan lazim di hospital swasta sebagai rujukan jelas kepada pengguna.
4. Insentif cukai bagi Dana Kebajikan Hospital Swasta
Pemberian insentif cukai kepada hospital swasta untuk menubuhkan Dana Kebajikan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti, telus dan mampu milik, serta melengkapkan peranan sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Satu sesi taklimat media turut diadakan bersempena mesyuarat ini bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung keputusan dan inisiatif yang dipersetujui kepada wakil-wakil media.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia, YBhg. Datuk Jessica Chew, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, En Aznan bin Abdul Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd. Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, TKSU(K) KKM, Dr Hirman Ismail, Pengarah Amalan Perubatan & Dr Yap Wei Aun, Ketua Pegawai Eksekutif, Health Transformation Office (HTO).
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-23 15:06:36 daripada UKK Norhanita















