MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN UTC SEBERANG PERAI

24 Januari 2026- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian UTC Seberang Perai di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara.

Fasiliti berkenaan merangkumi bilik kecemasan dan prosedur, makmal, farmasi termasuk kemudahan lokar farmasi, bilik rawatan, rawatan pergigian, X-ray intra oral dan bilik penyusuan.

Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi rawatan pesakit luar dan kecemasan, klinik penyakit tidak berjangkit (NCD), saringan kesihatan dan pra-perkahwinan, perkhidmatan makmal, farmasi serta rawatan dan kecemasan pergigian.

Dengan sokongan 30 orang petugas kesihatan, Klinik Kesihatan UTC Seberang Perai yang mula beroperasi pada 1 November 2025 ini mencerminkan komitmen KKM dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang cekap, mudah diakses dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut menyantuni pesakit-pesakit di Klinik Kesihatan UTC.

Hadir sama dalam lawatan ini ialah YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Lim Hui Ying,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, YB Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, YB Senator Tuan Lingeshwaran R. Arunasalam, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang dan YBhg. Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian).

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image

Kemaskini pada 2026-01-26 10:39:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page