YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Fintan Foy, CEO Irish College of General Practitioners (ICGP) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya mengenai perancangan strategik latihan kepakaran laluan parallel bidang perubatan keluarga iaitu Malaysia Ireland Training for Family Medicine (MInTFM) demi kepentingan perkhidmatan di KKM.
Latihan kepakaran dengan kelayakan MICGP (Membership of Irish College of General Practitioners) ini kini mempunyai pelatih di lima skim iaitu Northern, Central, Southern, Borneo (Sabah & Sarawak) dan East Coast (Pahang, Kelantan & Terengganu).
Fokus turut diberikan dalam perancangan peluasan kapasiti latihan kepakaran di Sarawak dan Sabah.
Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Dr. Zulhizzam Abdullah, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Dato Dr. Norsiah Haji Ali, Pengarah Pahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan Dr Nor Idawaty Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPKK.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2026-01-29 10:53:31 daripada UKK Norhanita








/1.jpg)
/2.jpg)
/3.jpg)
/4.jpg)
/5.jpg)

