29 Januari 2026- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan merasmikan Majlis Pelancaran Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung di Kompleks RHB, Bangi, Selangor.
Inisiatif kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dan RHB Banking Group ini bertujuan membawa perkhidmatan saringan jantung terus ke komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan kurang mendapat akses kesihatan.
Unit saringan mudah alih berteknologi tinggi ini dilengkapi kemudahan ECG dan ECHO bagi membolehkan pengesanan awal penyakit jantung serta rujukan segera untuk rawatan lanjut. Program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 12 lokasi setahun dan memberi manfaat kepada ribuan rakyat di seluruh negara selain digabungkan dengan elemen pendidikan kesihatan dan literasi kewangan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan.
Penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia, sekali gus menuntut pendekatan proaktif dengan membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada rakyat. Pelaburan terbaik negara bermula dengan jantung rakyat yang sihat.
Majlis turut diserikan dengan pelepasan rasmi unit bergerak ke lokasi pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi IJN Holdings dan YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2026-01-30 11:16:23 daripada UKK Norhanita
















