MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

TAKLIMAT INISIATIF RESET SEBAGAI USAHA MENANGANI INFLASI PERUBATAN DAN MEMPERKUKUKH SISTEM PENJAGAAN KESIHATAN MALAYSIA

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menghadiri sesi taklimat berhubung inisiatif RESET yang merupakan langkah kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan dan Bank Negara dalam usaha menangani inflasi perubatan dan memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara.

Sesi taklimat ini membabitkan ahli-ahli Parlimen yang juga merupakan ahli Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) bertempat di Bankuet 2, Blok Utama, Parlimen.

Ahli parlimen yang hadir diberikan penerangan berhubung inisiatif Kertas Putih Malaysia Health Insurance/Takaful (MHIT) asas, kalkulator bantuan bagi membolehkan pengguna membuat perancangan kewangan dan menilai keperluan insurans/takaful mereka, penerbitan kos rawatan perubatan yang merujuk kepada julat kos penanda aras bagi prosedur perubatan lazim di hospital swasta dan juga pemberian insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta untuk membolehkan pihak hospital membiayai perkhidmatan penjagaan kesihatan amal kepada pesakit yang kurang bernasib baik.

Turut hadir YBhg. Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara, YBrs. Encik Aznan Abdul Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara dan ahli Jawatankuasa Kerja RESET yang terdiri daripada pegawai-pegawai KKM, MOF dan BNM.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2026-01-30 11:54:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page