MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KICK-OFF PROGRAM KECERGASAN: SIHAT ITU SAYA

29 Januari 2026- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Program Kecergasan: Sihat Itu Saya yang berlangsung di Ibu Pejabat KKM (IPKKM). YB Menteri Kesihatan telah menyertai sesi pemanasan badan sebelum acara bermula dan berjalan kaki sejauh 3KM bersama warga kerja KKM.

Program ini bukan sekadar Fun Walk, malah dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti Sukan Rakyat yang berlangsung di sekitar Wetland Putrajaya. Pelbagai permainan tradisional telah diaadakan bagi semua peserta. Antaranya Baling Selipar, Teng-teng, Galah Panjang, Chapteh dan Lompat Getah.

Aktiviti fizikal sebegini merupakan manifestasi Malaysia MADANI dalam membentuk penjawat awam yang bukan sahaja berdedikasi, malah mementingkan kesejahteraan mental dan fizikal yang menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien kepada rakyat.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Dr. Fauziah Binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian).

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2026-01-30 12:04:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page