Keperluan menyediakan tahap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Mesin Jentara 1967 (Akta139). Di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994) yang menyatakan setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tahap optima. Begitu juga sebaliknya di bawah akta yang sama, pekerja juga mempunyai tanggungjawab untuk mengikut arahan majikan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan (Seksyen 24). Program KOSPEN WOW telah dimulakan pada tahun 2016, selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (National Strategic Plan for Non-Communicable Diseases, 2016-2025) bagi menurunkan beban penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini merangkumi pekerja di sektor awam dan swasta. Sekretariat bagi program ini adalah Unit KOSPEN WOW, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Agensi-agensi yang berminat untuk menjalankan KOSPEN WOW boleh email kepada kospenplus@moh.gov.my atau menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. |
Kemaskini pada 2022-01-10 08:58:36 daripada kospenp_admin