20 Jun 2022 - YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah hadir ke Sesi Libat Urus bersama Pengarah-Pengarah Hospital sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital di Hotel Eastin.
YBhg. Datuk Harjeet Singh telah beramah mesra dengan pengarah-pengarah hospital dan memberikan satu ucapan khas di program berkenaan.
Beliau telah memberi penekanan terhadap tanggungjawab pengarah-pengarah hospital sebagai ketua yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan harian mereka dalam ucapan beliau.
Seterusnya, Datuk Harjeet turut berkongsi pandangan berhubung cabaran yang dihadapi oleh Pengarah-Pengarah Hospital KKM disamping memberikan panduan dan halatuju untuk pertingkatkan kemudahan fasiliti di hospital KKM.
Turut hadir YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Dato' Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Pengurusan Tertinggi KKM.
Kemaskini pada 2022-06-24 15:19:28 daripada