A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN TINJAUAN KESIHATAN ORANG ASLI (OAHS)

16 Julai 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) bertempat di Dewan Komuniti Sahom, Kampar, Perak.

OAHS merupakan tinjauan yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mensasarkan komuniti Orang Asli, tiga (3) kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. IKU KKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), buat julung kalinya menjalankan Tinjauan Kesihatan Orang Asli (Orang Asli Health Survey, OAHS) untuk tempoh tiga (3) bulan bermula 13 Julai hingga 13 September 2022.

Tinjauan ini dilaksanakan di 71 perkampungan Orang Asli di kawasan bandar, pinggiran dan pedalaman, melibatkan 4,700 buah rumah dari lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia (Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor).

Tujuan OAHS dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat status kesihatan masyarakat Orang Asli di Malaysia bagi membolehkan KKM menilai program kesihatan Orang Asli serta merancang strategi atau aktiviti baharu bagi meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk Orang Asli.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Dato' Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan En. Harulnizam Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-07-17 02:48:32 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page