MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Kaedah Pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing

 

KAEDAH PELAKSANAAN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN PEKERJA ASING


          Kerajaan telah memutuskan supaya Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing dilaksanakan bermula 1 Januari 2011. Semua pekerja asing adalah diwajibkan mengambil polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) dengan jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 setahun dan bayaran premium insurans sebanyak RM120 setahun bagi seorang Pekerja Asing.  Kerajaan seterusnya telah memutuskan supaya majikan menanggung polisi insurans bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, manakala untuk sektor-sektor lain, obligasi untuk menanggung polisi insurans SKHPPA terserah kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan berdasarkan kepada keadaan masing-masing.

 

     Bagi pekerja asing yang sedang bekerja di Malaysia pada masa ini juga diwajibkan dan diberikan tempoh selama 3 bulan untuk membeli polisi insurans tersebut. Bagi kumpulan ini, bayaran premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans yang terlibat adalah berdasarkan perkiraan baki hari bagi tempoh sah laku permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal untuk berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tersebut tamat tempoh kelak.        

 

    Majikan yang memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja asing dikehendaki mengemukakan polisi asal SKHPPA dan slip pengesahan SPIKPA bersekali dengan borang permohonan VDR kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

 

    Majikan yang telah mendahulukan bayaran premium polisi insurans tersebut  hendaklah memohon kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan membuat pemotongan gaji pekerja asing.       

 

     SPIKPA ini dilaksanakan secara cashless. Ini bermakna pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA ini jika perlu dimasukkan ke hospital Kementerian Kesihatan tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu paspot bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital Kementerian Kesihatan. 

 

    Sekiranya bil hospital yang dikenakan melebihi had perlindungan maksimum iaitu sebanyak RM10,000 atau tuntutan lain yang melebihi had maksimum, maka Pekerja Asing tersebut hendaklah membayar perbezaan bil hospital tersebut sendiri.

 

      Bagi pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan, pekerja asing atau majikan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil tersebut sebelum memohon pembaharuan permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tamat tempoh dan majikan yang bertanggungjawab akan disenaraihitamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan yang telah disenaraihitamkan tidak akan dibenarkan mengambil pekerja asing baru.

 

          Sebanyak 17 buah syarikat insurans telah bersetuju untuk menyertai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing. Walaubagaimanapun, hanya 11 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Januari 2011. Senarai syarikat insurans tersebut adalah seperti berikut:

  1. AXA Affin General Insurance Berhad
  2. Berjaya Sompo Insurance Berhad
  3. Jerneh Insurance Berhad
  4. Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
  5. Lonpac Insurance Berhad
  6. Malaysian Assurance Alliance Berhad
  7. MUI Continental Insurance Berhad
  8. Progressive Insurance Berhad
  9. RHB Insurance Berhad
  10. The Pacific Insurance Berhad
  11. Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad

 

      Manakala senarai 4 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Februari 2011 adalah seperti berikut:

  1. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  2. QBE Insurance (Malaysia) Berhad
  3. Overseas Assurance Corporation (M) Berhad
  4. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

 

dan senarai 2 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 15 Februari 2011 adalah seperti berikut:

  1. Oriental Capital Assurance Berhad
  2. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

 

Surat Pekeliling - Prosedur Kerja Bagi Kemasukan Wed dan Tuntutan Caj Hospital Pekerja Asing Yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia


  •