MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 BERSAMA JELAJAH ANMS PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT

6 Ogos 2022 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Sarawak tahun 2022 bersama Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Kapit bertempat di Town Square, Kapit, Sarawak.

Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkukuhkan kerjasama dengan komuniti dalam menangani penyakit Malaria di mana negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai ekosistem yang berisiko bagi penularan penyakit Malaria.

Berdasarkan data kes Malaria di Sarawak, kemuncaknya adalah pada tahun 1999 dengan mencatat 3,155 kes dan tahun 2010 dengan jumlah kes sebanyak 2,802.  Namun, bermula tahun 2016, Negeri Sarawak telah berjaya mencapai sasaran SIFAR kes indigenous dan mengekalkan pencapaian tersebut sehingga kini.  

Demam Malaria ini bukan saja penyakit yang berjangkit malah ianya boleh membawa maut sekiranya tidak dikesan dan dirawat dari awal. Tanda dan gejala penyakit ini adalah seperti demam, sakit sendi, sakit otot, anemia dan sebagainya.  

Datuk Aaron dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Sarawak agar memperbaharui tekad dan azam bagi meneruskan usaha menghapuskan kes jangkitan Malaria.

Turut hadir bersama ialah YB Nicholas Kudi Ak Jantai, Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Rosemawati Binti  Ariffin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam).

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-08-11 12:52:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page