9 Ogos 2022 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I telah menghadiri Majlis Perasmian 19th Malaysian Society of Hematology Scientific Meeting 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Pendidikan Perubatan Tuanku Ja'afar, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM), Kuala Lumpur.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari yang bertemakan Cell Theraphy (Terapi Sel) memberi fokus kepada terapi berasaskan sel. Selain itu, persidangan ini bertujuan untuk menggalakkan pakar hematologi tempatan dan luar negara berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan terapi berasaskan sel dalam rawatan pesakit kanser darah dan penyakit sum-sum tulang serta menggalakkan kolaborasi antara badan perubatan dengan syarikat tempatan dan antarabangsa.
Turur hadir Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Dato' Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, wakil pengarah HCTM dan Prof. Dr. Gan Gin Gin, Presiden Persatuan Hematologi Malaysia.
Kemaskini pada 2022-08-15 17:24:28 daripada