MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN PROGRAM BEAUTY AND HEALTH

 

11 Ogos 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan melancarkan Program BEAUTY (Bringing Education and Understanding to You) and HEALTH di The RuMa Hotel and Residences, Kuala Lumpur anjuran National Cancer Society Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Asia Cancer Forum (ACF) Japan.

Program BEAUTY and HEALTH merupakan program intervensi yang dilaksanakan secara digital berasaskan komuniti untuk meningkatkan pengetahuan kesihatan khususnya kanser, literasi dan pengurangan amalan risiko di kedai gunting rambut dan salun kecantikan di Malaysia. Program ini memfokuskan untuk pesakit kanser lelaki dan wanita termasuk penyakit Non-Communicable Diseases (NCD).

Kanser menjadi salah satu daripada lima punca utama kematian di negara yang mana lebih 20,000 kes baru didiagnosis setiap tahun. Terdapat kekangan dalam usaha merawat kanser seperti lambat didiagnosis, akses kepada penjagaan yang tidak sama rata disamping faktor sosio ekonomi yang memburukkan lagi masalah tersebut.

Hadir bersama ialah Encik Miyadaka Tomoyuki, Setiausaha Pertama, Kedutaan Jepun di Malaysia, YBhg Dato' Saunthari Somasundram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Norie Kawahara, Wakil Pengarah Forum Kanser Asia dan Encik Teppei Sakano, Pengarah Forum Kanser Asia Jepun.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-08-18 20:22:46 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page