MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

STRATEGI BAHARU KEKANG KES DENGGI GUNA FASILITI INSEKTARIUM

 

12 Ogos 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke fasiliti insektarium di Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi tujuan pengoperasian pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia. Pengoperasian ini merupakan satu strategi baru untuk mengekang peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Pengoperasian pelepasan nyamuk ini telah dilancarkan pada 7 Julai 2019 di 11 lokaliti dengan beban kes denggi yang tinggi terutamanya di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengoperasian pelepasan nyamuk memerlukan fasiliti insektarium untuk pengkolonian nyamuk bagi menyediakan telur dan nyamuk dewasa. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Johor telah menyumbang peruntukan bagi pembangunan sebuah insektarium agar pengkolonian nyamuk Aedes berWolbachia berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Hadir bersama dalam lawatan berkenaan ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato' Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-08-18 20:36:16 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page