MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA BILATERAL MENTERI KESIHATAN KE THAILAND: 22-24 OGOS 2022

22 Ogos 2022- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memulakan lawatan kerja bilateral kesihatan ke Thailand bermula 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2022 untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi Kerjasama Asia Pasific (APEC) pada 25 Ogos 2022.

Ketibaan Khairy di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok pada jam 4.08 petang (waktu tempatan) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Thailand, Dato’ Jojie Samuel M C Samuel dan wakil Menteri Kesihatan Awam Thailand, Watcharapong Kuwijitwan serta Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Nopporn Cheanklin.

Mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Pengarah ICR, Datuk Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy; dan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan) Program Perkhidmatan Farmasi, Mohd Zawawi Abdullah.

Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelonggaran undang-undang dan membenarkan kanabis untuk digunakan bagi tujuan perubatan

Khairy melawat Pejabat Farmaseutikal Kerajaan (GPO) untuk taklimat dasar kanabis di negara itu termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan di Thailand.

Beliau juga bertemu pemain penting industri kanabis dan ketum di Thailand selain mengunjungi Siam Cannabis Land untuk melihat dengan lebih dekat kaedah penanaman di dalam dan luar premis, rumah hijau serta bilik pengeringan.

Melalui lawatan bilateral ini, KKM berpeluang meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta merangka strategi kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaannya.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-09-02 17:11:10 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page