MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI TOWNHALL PEMBANGUNAN KERTAS PUTIH KESIHATAN

5 September 2022-YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan hadir di sesi Townhall yang diadakan di Hospital Umum Sarawak.Townhall ini merupakan platform untuk KKM bersama masyarakat setempat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan berkaitan masa depan sistem kesihatan negara.

Kertas Putih Kesihatan atau Health White Paper merupakan inisiatif kerajaan membangunkan dan membentang Kertas Putih Kesihatan sebagai inisiatif menambahbaik sistem kesihatan Negara. Ianya juga satu kertas dasar yang menggariskan cabaran dan kekangan sistem kesihatan negara di samping mengesyorkan beberapa pendekatan strategi bagi mereformasi sistem kesihatan negara secara berfasa.

Halatuju reformasi kesihatan dibahagi kepada tiga bidang utama, iaitu transformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan atau service delivery transformation, kemampanan pembiayaan atau pelaburan dalam sektor kesihatan dan perubahan organisasi, struktur dan pentadbiran.

YB Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa pemerkasaan orang ramai untuk menjaga kesihatan kendiri adalah penting serta penglibatan sektor awam dan swasta boleh membantu KKM mencapai sasaran 10 juta rakyat Malaysia yang lebih sihat dalam tempoh 10 tahun akan datang

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah YB Professor Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan 2, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) KKM. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-09-08 22:17:10 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page