MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA HOSPITAL UMUM SARAWAK BERSAMA PENYELIDIKAN KLINIKAL MALAYSIA (CRM) DAN NOVARTIS MALAYSIA

5 September 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan  menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) dan Novartis Malaysia yang merupakan syarikat farmaseutikal antarabangsa.

Kerjasama ini merupakan satu kejayaan dalam mengukuhkan Malaysia sebagai pusat penyelidikan klinikal perubatan. Melalui MoU ini, HUS  menjadi pusat kecemerlangan di Malaysia untuk ujian klinikal yang  membolehkan pesakit mengakses perkhidmatan terapi dan rawatan yang inovatif.

Selain itu, MoU berkenaan dapat mewujudkan platform yang boleh meningkatkan keupayaan tempatan, kualiti klinikal dan akses kepada rawatan transformatif di negara ini.

Ujian klinikal memainkan peranan penting dalam mengukuhkan penjagaan kesihatan Malaysia.Pusat Penyelidikan Klinikal di HUS merupakan pusat ujian klinikal pertama KKM yang boleh menampung fasa ujian klinikal yang berbeza. Sejak 2012, Malaysia telah menjalankan lebih 1900 penyelidikan klinikal. Laporan Tahunan CRM tahun 2021 menyatakan bahawa Malaysia menjalankan 215 projek penyelidikan klinikal di mana Novartis merupakan penyumbang utama dalam penyelidikan klinikal.

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah YB Professor Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan 2, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Ngien Hie Ung, Pengarah Hospital Umum Sarawak.

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-09-08 22:31:24 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page