MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN KEMPEN DERMA DARAH SELURUH NEGARA DAN KESEDARAN KESIHATAN

11 September 2022- YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I merasmikan pelancaran Kempen Derma Darah Seluruh Negara dan Kesedaran Kesihatan anjuran Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) di Lobi Medan MARA, Jalan MARA, Kuala Lumpur yang bermula dari 12 September sehingga 31 Oktober 2022.

Dalam ucapannya, YB Dato' Dr Noor Azmi menjelaskan bahawa kempen ini adalah acara tahunan LIAM yang melibatkan 16 buah syarikat insurans hayat di Malaysia dan 12 cawangan Persatuan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) di lebih 40 lokasi strategik di seluruh negara.

Jelasnya lagi, kempen yang berlangsung selama satu setengah bulan ini diharap mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai bagi membantu lebih ramai Keluarga Malaysia yang memerlukan darah dan menyelamatkan ramai nyawa.

Menderma darah adalah perbuatan yang mulia dan memberi pelbagai manfaat kepada penderma. Selain daripada menjaga kesihatan jantung, penderma darah juga boleh mengawal tekanan darah mereka agar sentiasa berada dalam keadaan normal dan sihat. Menyedari hakikat ini, Dato' Dr. Hj. Noor Azmi menegaskan bahawa menderma darah seharusnya menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat. Tanpa sokongan daripada orang ramai adalah mustahil bagi Pusat Darah Negara dan pusat darah negara lain di seluruh negara menyediakan darah yang secukupnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat.

Hadir sama Encik Mark O’Dell, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Encik Paul Low, Pengerusi Jawatankuasa Standard Professional LIAM, Puan Dr Afifah bt Haji Hassan, Pengarah Pusat Darah Negara, Encik Razali Mamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko & Inspektorat, MARA dan Encik G. Saseedaran, Presiden Persatuan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA).

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-09-19 21:27:49 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page