MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MALAYSIA BOOK OF RECORDS ‘MOST VACCINATION DOSES ADMINISTERED IN A DAY’

13 September 2022 - YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menghadiri Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination: Public-Private Partnership bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM bersama ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Most Vaccination Doses Administered In A Day’ menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sejak Februari 2021. Pada 28 Julai 2022, jumlah pemberian vaksin tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 581,566 dos diberikan dalam masa sehari.

KKM dan ProtectHealth bekerjasama dalam menerajui PICK dan  sehingga kini 72 juta dos vaksin COVID-19 diberi kepada rakyat malaysia meliputi warga emas, remaja dan kanak-kanak.

Dalam Majlis Penerimaan Anugerah tersebut, 42 penerima anugerah yang terdiri daripada klinik, hospital swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat pengiktirafan kerana berjaya memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam menjayakan PICK. Penganugerahan ini juga hasil kerjasama strategik awam-swasta sepanjang PICK dilaksanakan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Dato’ Dr. Anas Alam Faizli, Ketua Pegawai Eksekutif Protecthealth Corporation Sdn Bhd dan Encik Jwan Heah Yeow Hooi, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records.

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-09-19 21:53:34 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page