MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN IHH HEALTHCARE

 

14 September 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan  menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili oleh YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha dengan IHH Healthcare yang diwakili oleh En. Jean Francois Naa, CEO IHH MY bertempat di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Melalui MoU tersebut, pihak IHH Healthcare akan menaja pesakit dari hospital kerajaan terutamanya golongan B40 untuk menjalani radioterapi yang merangkumi prosedur stereotaktik radiosurgeri dan stereotaktik radioterapi menggunakan mesin Gamma Knife atau Linear Accelerator (LINAC) melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam rangkaian hospital IHH Healthcare di Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jumlah kes baru kanser telah meningkat dari 10 juta pada tahun 2000 kepada 19.3 juta pada tahun 2020. Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia di mana kematian akibat kanser telah meningkat dari 7 juta pada tahun 2000 kepada 10 juta pada tahun 2020.

MoU ini menandakan kerjasama KKM dengan hospital swasta dalam meningkat aksesibiliti rakyat Malaysia kepada penjagaan dan rawatan kanser di negara ini. KKM sentiasa menyokong dan berusaha bagi meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan terhadap rakyat.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM , YBrs. Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan Dr Ivan Loh, Ketua Pegawai Operasi IHH Healthcare.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-09-22 17:09:17 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page