MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Maklum Balas : Hong Kong Recalled Derma Skin Spray

 

Perkara                     :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                   :         HONG KONG RECALLED DERMA SKIN SPRAY

 

Akhbar                 :         SIN CHEW DAILY

 

Tarikh Siaran         :         5 JUN 2012

 

Kategori                :         LAPORAN

 

Dikeluarkan Oleh   :         DATO’ EISAH A. RAHMAN

                                      PENGARAH KANAN

                                      BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

                                      KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Laporan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 5 Jun 2012 telah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Hong Kong mengenai sokongan mereka terhadap panggilan balik produk Derma Skin Spray secara sukarela dari pasaran oleh pengilang ubat tempatan Meyer Pharmaceuticals Limited berikutan penemuan label produk yang tidak diluluskan.  Produk tersebut telah dikelaskan sebagai produk tidak berdaftar di Hong Kong kerana telah melanggar syarat pendaftaran.

 

Semakan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa produk yang dinyatakan dalam artikel tersebut tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia.  Oleh itu, produk tersebut tidak dibenarkan untuk berada dalam pasaran negara ini.

 

KKM melalui BPFK sentiasa membuat pemantauan ke atas produk-produk farmaseutikal di pasaran bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk tersebut.  Aktiviti pemantauan juga merangkumi pemeriksaan berterusan ke atas label dan sisip bungkusan produk-produk berdaftar bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada pengguna adalah berdaftar bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada pengguna adalah selaras dengan yang telah diluluskan.

 

Para pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi BPFK di talian 03-7883 5546 / 8545 atau melalui e-mel kepada bpfk@bpfk.gov.my sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung produk-produk farmaseutikal.


  •