MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MyHelp

 

Portal MyHelp (Pelaporan Buli Bagi Warga KKM)

 

“Buli” merupakan suatu bentuk gangguan psikologi yang terdiri daripada kelakuan menindas secara kejam, jahat atau berdendam untuk mengaibkan atau merosakkan imej/ kedudukan/ martabat seorang pekerja individual atau sekumpulan pekerja, termasuk teguran atau kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar, memencilkan seseorang daripada hubungan sosial dan mengumpat atau menyebar maklumat palsu.

(Definisi ini dipetik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, 2002)

“Warga KKM” bermaksud mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat di fasiliti KKM, termasuk pekerja kontrak yang emolumennya dibayar oleh pihak KKM.

“Pegawai Yang Disyaki Mengganggu (PYDM)” bermaksud seorang warga KKM yang sesuatu aduan berhubung perlakuan buli telah dibuat ke atasnya.

“Pengadu” bermaksud seseorang yang membuat aduan terhadap perlakuan buli yang dilakukan ke atas dirinya sendiri atau ke atas orang lain oleh PYDM.

“Mangsa” bermaksud warga KKM yang menjadi mangsa buli di tempat kerja oleh PYDM.

“Tempat kerja” bermaksud tempat di mana warga KKM atau pengadu bertugas dan termasuk kawasan luar tempat kerja untuk menjalankan urusan rasmi, tidak rasmi atau yang timbul daripada hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam atau di luar waktu pejabat.

Sekiranya anda (warga Kementerian Kesihatan Malaysia) merupakan mangsa/ pengadu ingin melaporkan buli di tempat kerja (KKM), sila klik butang di bawah untuk melaporkannya melalui sistem MyHelp Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

KLIK DISINI  >>image

 

Skop Pelaporan Sistem MyHelp

 

  1. Sistem MyHelp ini diguna pakai di seluruh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah semua Program dan Bahagian, Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian serta semua organisasi (Pusat Tanggungjawab) di bawah KKM.

 

  1. Kes dan kejadian yang dilaporkan melalui sistem ini terhad kepada kes buli yang mana mangsa dan PYDM adalah warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

  1. Jadual di bawah merumuskan sistem pelaporan yang terdapat di KKM.

 

MANGSA

PYDM

PELAPORAN

Warga KKM

Warga KKM

MyHelp KKM

Warga KKM

Orang Awam / Pesakit

Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM 2017 (VRF-UKKP Bil.1/2017)

Orang Awam

Warga KKM

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA KKM)

Pesakit

Warga KKM

Incident Report (IR 2.0/2017)

 

 

Pengecualian Pelaporan Sistem MyHelp

 

  1. KKM berhak menolak aduan yang dikemukakan melalui sistem ini sekiranya ia melibatkan perkara berikut :

 

  1. Perkhidmatan seperti pelantikan, penempatan, pengambilan, pemangkuan, kenaikan pangkat, pengurusan prestasi, pengiktirafan, kemajuan kerjaya, pergerakan gaji;

 

  1. Kes buli dan gangguan melibatkan perihal peribadi dan keluarga seperti pergaduhan antara suami, isteri atau anak, ancaman akibat tidak membayar hutang dan sebagainya;

 

  1. Kes buli dan gangguan yang melibatkan prosiding mahkamah; dan

 

  1. Kes gangguan seksual. Kes ini akan diuruskan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018; Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.

Kemaskini pada 2022-10-03 10:57:59 daripada BPM Aishah

  •  
  • Print
  • Email this page