MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN “WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2022”

1 Oktober 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian “WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2022” (Sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2022) bertempat di Hospital Rembau yang bertemakan “Healing Hearts and Communities” iaitu “Pemulihan Hati dan Komuniti”. Sambutan kali ini lebih menjurus kepada aspek pemulihan dan sokongan emosi terhadap ahli keluarga serta masyarakat ketika berdepan dengan pesakit dan sewaktu menjalani fasa selepas kehilangan insan tersayang.

Penjagaan paliatif ialah komponen penting dalam perlindungan kesihatan sejagat dan penjagaan kesihatan primer seperti yang dinyatakan oleh World Health Organization (WHO) dan ianya terkandung di dalam deklarasi Astana 2018 di mana setiap orang perlu diberikan pengetahuan tentang penjagaan paliatif. Matlamat penjagaan paliatif adalah untuk menyediakan kualiti hidup yang terbaik kepada pesakit dan keluarga. Ini merangkumi semua jenis pesakit dan penyakit kerana mereka berhak untuk mendapatkan kualiti penjagaan terbaik.

Rawatan paliatif adalah sangat relevan dan diperlukan untuk memberikan kelegaan kepada pesakit-pesakit dalam melawan kesakitan. Malah, rawatan paliatif juga membantu ahli keluarga dalam menjalani proses penjagaan pesakit sekaligus menyokong emosi mereka apabila berdepan kematian di kalangan ahli keluarga.

Berdasarkan data tahun ini, negara mempunyai 150,000 pesakit yang memerlukan rawatan paliatif. Perkhidmatan Penjagaan Paliatif telah dibangunkan di seluruh negara namun KKM hanya mampu menyediakan 10% hingga 15% sahaja rawatan daripada jumlah keseluruhan tersebut.

KKM telah melancarkan Dasar Penjagaan Paliatif Kebangsaan dan pelan strategik bagi mengintegrasikan penjagaan paliatif dalam sistem penjagaan kesihatan pada 2019. Ini sekaligus meningkatkan lagi akses penjagaan paliatif di seluruh negara. Bermula awal tahun ini, kebanyakkan negeri telah mempunyai pusat pakar penjagaan paliatif dan dijangkakan jumlah berkenaan akan berkembang di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Hadir sama YBhg. Dato’ Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Nurhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, YBrs. Dr. Richard Lim Boon Leong, Ketua Perkhidmatan Paliatif Kebangsaan dan YBrs. Dr. Lam Chee Loong, Pengerusi Majlis Hospis Malaysia

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-10-10 12:56:30 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page