MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KIKSM)

1 Oktober 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menghadiri majlis perasmian Pejabat Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) bertempat di Dataran Senawang. Dalam ucapannya, YB Khairy Jamaluddin bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) di atas usaha merealisasikan impian profesion Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) berhubung bangunan pejabat bagi kegunaan urusan rasmi dan aktiviti berkaitan KIKSM.

Profesion PKP dan PPKP adalah sinonim dengan tugasan berkaitan kesihatan persekitaran sejak sebelum kemerdekaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan ‘Kesihatan Persekitaran’ sebagai merangkumi semua sudut kesihatan manusia dan penyakit yang ditentukan oleh faktor-faktor persekitaran. Secara teori dan amalan, kesihatan persekitaran adalah penting bagi menilai dan mengawal faktor-faktor persekitaran yang berpotensi menjejaskan kesihatan awam.

Faktor-faktor persekitaran ini meliputi faktor alam sekitar, bahan-bahan kimia, biologi luaran kepada manusia dan juga faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Dalam erti kata lain, kesihatan persekitaran disasarkan kepada pencegahan penyakit dan mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada kesihatan. Impak kesihatan persekitaran kepada komuniti.

KKM mengambil maklum pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah menggariskan skop tugas teknikal PKP dan PPKP adalah berkaitan pencegahan risiko kesihatan persekitaran, penggalakan dan perlindungan kesihatan awam dan persekitaran dalam bidang-bidang yang berikut; kawalan penyakit, kebersihan dan keselamatan makanan, perumahan dan kesihatan persekitaran, kawalan vektor, kualiti air minuman, sanitasi air, kesiapsiagaan kecemasan dan menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam. selaras dengan peranan dan fungsi sepertimana yang ditetapkan oleh Expert Committee to the World Health Organisation Report No.79 atau pindaan-pindaannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengiktiraf Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia yang disambut pada 26 September setiap tahun. Justeru itu, kementerian sentiasa menghargai sumbangan pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia khasnya PKP dan PPKP dan sambutan sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

KKM juga telah mewartakan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu yang bertujuan untuk mengawal selia amalan profesion-profesion kesihatan bersekutu dan skim perkhidmatan PKP dan PPKP juga antara skim yang tersenarai di bawah akta ini.

Turut hadir YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, KKM, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Nurhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg. Dato' Hj. Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS, YBrs. Encik Mohd Zool Asmani Bin Mahmood, Presiden Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia. YBrs.,Dr. Nik Jasmin Binti Nik Mahir, Pengarah, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM. YBhg. Dato’ Dr. Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Encik Hasnainin Bin Hassan, Ketua Profession PKP/ PPKP Kebangsaan, KKM, Puan Norhayati Hi bt Abdul Rashid, Pengerusi Majlis Presiden Kesatuan Gabungan KKM (MAPSU).

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-10-10 12:23:41 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page