MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN SEMINAR PENGURUSAN BENCANA DAN PELANCARAN BUKU “AN OVERVIEW OF DISASTER LIFE SUPPORT IN DISASTER MANAGEMENT

 

11 Oktober 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan merasmikan Seminar Pengurusan Bencana dan melancarkan buku “An Overview of Disaster Life Support in Disaster Management” bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Seminar bertujuan sebagai platform bagi membincangkan isu dan langkah penambahbaikan dalam tadbir urus serta pengurusan bencana di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain untuk memperkasakan kefahaman dan pelaksanaan operasi pengurusan bencana dalam kalangan petugas barisan hadapan.

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri oleh seramai 400 orang yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi KKM, Ketua Setiausaha Kementerian-Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan/Agensi Persekutuan, Pengarah Kesihatan Negeri dan Hospital, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, CEO GLC dan Ketua Badan Bukan Pertubuhan Kerajaan (NGO).

Sementara itu, buku “An Overview Of Disaster Life Support In Disaster Management” dihasilkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pengamal perubatan dan juga kakitangan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Turut hadir, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, Dato' Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-10-28 13:07:36 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page