MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIDANGAN CRM TRIAL CONNECT 2022 ANJURAN PENYELIDIKAN KLINIKAL MALAYSIA

14 Oktober 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan merasmikan Persidangan CRM Trial Connect 2022 anjuran Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) bertempat di Pullman Hotel KLCC.

Pada majlis yang sama, CRM juga memeterai perjanjian persefahaman dengan Pusat Kebangsaan untuk Kesihatan dan Perubatan Global (NCGM), Jepun dan Remedy & Company Corporation serta  mengukuhkan hubungan  dengan Pusat Kanser Kebangsaan (NCC) Jepun yang telah dimeterai melalui satu majlis MoU yang dirasmikan pada 30 Oktober 2020 yang lalu. Pengukuhan persefahaman ini juga selaras dengan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Malaysia dan Jepun.

MoU antara CRM dengan NCGM, NCC dan Remedy & Company Corporation adalah bertujuan menjalinkan hubungan dengan syarikat gergasi penyelidikan klinikal Jepun untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam pelbagai bidang dan membina rangkaian penyelidikan klinikal di rantau ini.

Sejak pemeteraian MoU dengan NCC, Malaysia telah mendapat manfaat daripada pembangunan infrastruktur tapak kajian klinikal Malaysia, peluang untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal kanser dalam meningkatkan pelaksanaan perubatan genomik dan program latihan mengenai ujian fasa awal untuk penyelaras kajian penyelidikan klinikal.

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dan Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Encik Masakuni Ukita, Ketua Pegawai Eksekutif Remedy & Company Corporation, Dr Kenichi Nakamura, Pengarah Jabatan Pembangunan Klinikal Antarabangsa, NCC dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif CRM manakala Dr Norihiro Kokudo,Presiden NCGM, dan Dr Hitoshi Nakagama,   Presiden NCC, hadir secara maya.

Melalui pelbagai kerjasama dengan Jepun, Malaysia berharap dapat mengembangkan aktiviti penyelidikan klinikal di negara ini dan menyumbang kepada pembangunan ubat baharu bersama rakan kongsi di Jepun untuk menangani keadaan pelbagai jenis penyakit di Asia.

Hadir sama, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia, YB. Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak, Tan Sri Dato' Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, YBhg. Datuk Dr Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), KKM, YBhg. Datuk Dr Kalaiarasu Peariasamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), NIH, KKM, Encik Chin Keat Chyuan, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Encik Masakuni Ukita, Ketua Pegawai Eksekutif Remedy & Company Corporation, Dr Kenichi Nakamura, Pengarah Jabatan Pembangunan Klinikal Antarabangsa, NCC dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif CRM dan YBrs. Dr Mohd Azlan Zaharudin, Pengarah Pejabat Projek Vaksin, MOSTI.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-10-28 13:25:00 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page