10 Disember 2022 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Segamat pada hari ini.
Beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Datuk Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau pengoperasian hospital dan menyantuni pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik. Selain itu, YB Menteri Kesihatan berkesempatan melawat tapak projek bangunan tambahan Hospital Segamat.
Projek pembinaan blok tambahan yang baru ini dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun 2023 dengan dilengkapi kemudahan berikut:
a) Empat (4) unit dewan bedah;
b) Satu (1) unit rawatan rapi dengan kemudahan 18 katil;
c) Satu (1) High Dependency Unit dengan kemudahan sebanyak 8 katil;
d) Satu (1) Central Sterile Supply Department; dan
e) Satu Unit Hidrodinamik dan Respiratori (Respiratory and Hemodynamics \ Unit/RHU).
Dengan kemudahan yang disediakan di blok tambahan ini, Hospital Segamat akan dapat memperluaskan lagi perkhidmatannya kepada pelanggan di daerah Segamat dan kawasan sekitarnya.
Turut hadir YB Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor dan YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM.
Kemaskini pada 2022-12-12 18:53:12 daripada