A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang

12 Disember 2022 – YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang.                                                                                                                                                                                      

Pusat Jantung Hospital Serdang merupakan kesinambungan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan bertaraf dunia khasnya dalam rawatan pesakit jantung.Pembinaan Pusat Jantung Hospital Serdang ini adalah untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang mampu terutamanya golongan B40. Dengan adanya pusat rawatan jantung seperti ini, lebih ramai pesakit jantung dari seluruh negara dapat dirawat dan ramai pakar perubatan kardio dari KKM dapat dilatih untuk memberi rawatan bertaraf dunia kepada pesakit jantung. Perkhidmatan yang disediakan di pusat jantung ini dijangka dapat mempercepatkan proses rawatan pesakit dan memendekkan tempoh menunggu bagi rawatan angiogram (pengimejan saluran arteri).

Pusat Jantung Hospital Serdang itu turut dilengkapi dengan peralatan terkini yang serba canggih seperti sebuah Makmal Jantung Invasif (ICL) di Jabatan Kecemasan (ED) yang pertama di Malaysia merupakan fasiliti berteknologi terkini pertama di Malaysia yang standing dengan fasiliti di negara maju.  ICL dengan kemudahan bertekanan negatif (negative pressure) membolehkan kes-kes serangan jantung akut menerima rawatan segera menerusi Intervensi Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI), dan pada yang sama dapat mengelakkan merebaknya penyakit berjangkit seperti Covid-19.  PCI ini meningkatkan kadar boleh selamat (survival rate) pesakit sebanyak 99%. Prosedur yang dijalankan juga lebih selamt dengan kadar cross infection yang sangat minima.

Selain itu, sebuah dewan bedah hibrid pertama di fasiliti KKM dilengkapi dengan mesin angioplasti dan peralatan dewan bedah yang dapat memanfaatkan seramai 200 ke 250 orang pesakit setahun.  Turut dilengkapi seunit mesin MRI 3.0 Tesla yang akan digunakan khusus untuk pengimejan diagnostik jantung, merupakan mesin pengimejan berteknologi pertama digunakan di KKM. Pusat Jantung Hospital Serdang ini juga turut dilengkapi dengan enam buah Makmal Jantung Invasif yang berupaya untuk menerima kes jantung sebanyak 6,000 kes setahun sekiranya beroperasi secara optima.

13 Disember 2022 merupakan hari pertama pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang dan di harap fasiliti ini akan memberi pengalaman baharu serta keselesaan kepada pesakit-pesakit jantung.

Turut hadir YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr Siva Kumaran A/L P.Jayaraman Timbalan Pengarah Hospital Serdang.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-12-13 12:04:59 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page