kertas putih kesihatan

Kenapa Kertas Putih Kesihatan dibangunkan?

 

  • Sistem kesihatan negara terbeban dengan pelbagai isu dan tidak lagi mampan untuk menghadapi cabaran dan krisis di masa depan. Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2 tahun lalu telah menambah lagi tekanan kepada sistem kesihatan negara. Sekurang-kurangnya keadaan itu telah menyedarkan semua pihak betapa perlunya reformasi atau penambahbaikan kepada sistem kesihatan negara yang menyeluruh dan berstruktur bagi memastikan kesihatan rakyat tetap terjaga.

  • Kertas Putih Kesihatan ini merupakan usaha bersama ke arah menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih adil dan saksama (equitable), berkualiti tinggi, mudah dicapai dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat.

 

  • Kertas Putih Kesihatan dibangunkan untuk : 

a) Berkongsi maklumat mengapa reformasi kesihatan negara diperlukan dengan segera;

 

b) Mengemukakan usaha untuk menjadikan sistem kesihatan kita lebih saksama, mampan dan berdaya tahan dalam memberi perkhidmatan yang merangkumi semua peringkat kehidupan rakyat;

 

c) Mencadangkan tonggak keutamaan reformasi kesihatan seperti penyampaian perkhidmatan, pembiayaan, tadbir urus serta organisasi dalam tempoh 15 tahun;

 
 
 
 
 

  •